Flood House

Views
Hai , assalamualaikum .


Lama tak jumpa kau orang semua . Blog ni dah berhabuk , tikus mondok pon beranak pinak sampai ada cucu cicit cocot dah. Hmm , nak tahu tajuk kat atas tu pasal apa ? Adakah mengenai Ultraman Tiga kalah dengan Power Rangers atau cicak kubing bertukar menjadi buaya darat ? Okay, melalut . *ketuk kepala*

Nak dipendekkan cerita, sehari sebelum air naik tu aku balik kampung . Kenapa aku balik kampung ? Sebab pagi pagi buta hari tu mak sedara aku call umi aku cakap atok aku jatuh kat tandas, patah tulang pinggul dia. Terkejut tak? Ye, macam tu la aku. Terkejut beruk punya bini sedara kau tahu ? Then kitorang pun bergegas balik kampung . Malam tu, jiran kat Sungai Isap call cakap air naik . At first , parents aku watlek watpeace je la sebab biasanya air kalau naik pun paling tinggi sekaki lebih .

Keesokan harinya pulak , jiran aku kat Taman Guru and Sungai Isap call air makin naik  aka makin tinggi. Aku yang tengah sedap ber-feeling makan tersedak kau tahu? Dahla pedas lauk tu. Nasib baik aku dah sediakan wawal air . Feww, lega terus tekak aku yang perit tu. Then makyah aku pun bergegas kemas nak balik. Mak aku cakap aku takpayah ikut balik sebab tak tahu lagi tidur kat mana . tak tentu lagi katanya. Well , terharu la jugak mak aku ambil berat kat aku even tempat tidur. Nampak tak kat situ ibu memang pentingkan anaknya even benda yang remeh macam tu? Oleh itu kita sebagai anak perlulah menghormati dan menyayangi mereka dengan sepenuh hati. Okay, tetiba rasa macam buat karangan tentang makyah pulak .

Lebih kurang 3 jam mak ayah aku balik , ayah sedara akak pak cik aku call acik aku cakap jalan kat mana entah air naik . Hmm so there's no way to go back home . Makyah aku dengan penuh redha pun patah balik , balik kampung aku. Bazirkan minyak betul . Sibuk je air ni , tamak haloba . Kuantan nak serang, situ pun nak serang . Haihhh . Masa tu aku terus bayangkan buku teks aku kat atas lantai . Hmm , buku serap air tak? Agak-agak basah tak? Air hentam jugak ke ilmu tu ? Haha , aku tanya soalan bodoh bin tahpape . Forget it .

Setelah berminggu minggu stay kat kampung , dan setelah jirang kat kuantan cakap air dah surut , family aku pun baliklah rumah. Haha , tak balik rumah aku, rumah sedara aku. Gila kau nak balik rumah ? Rumah dahla masuk air , mesti kotor beb . Wait, bercakap pasal air, katil aku...... NOOOOOOOOOOOO komfem basah kan? Ya Allah , masa tu aku macam rumah aku, masuk air. Asyik cakap katil aku dah mati , katil aku dah mati, katil aku dah mati. T_T Aku sayang katil tu kau tahu ? Tahu tak ? tahu tak? Okay, over. -,-"

Ambil masa berhari jugakla nak basuh rumah tu , eh tak. Berminggu . Yeah . yela, dua rumah . Bukan senang. Rumah sungai isap lagi teruk , air atas kepala aku woi. Tapi first masuk rumah sungai isap tu aku lari pergi bilik aku. And when i arrived..... tadaaa........ *bunyi dram* Bilik aku macam bilik mayat + ahli sihir. Tak gaya bilik dah wwwwwwooiiii . Huuu , sedih. Dan yang paling sedih, katil aku. Katil yang dulunya putih bersih empok , KERING , sekarang bertukar menjadi katil siput yang empuk dan basah. -,-"

Alhamdulillah, nasib baik ada sedara dan mak sedara dan abang sedara dan ayah sedara (senang cerita sedarala) kat sini. So diorang tolonglah basuhkan rumah. Huu, terhutang budi pulak. :')) Eh no, bukan diorang je. Jangan fikir kesitu. Kitorang pun basuhkan jugak okay. Bukan buli mereka. -,-"

Sorryla , aku tak boleh share gambar sekarang, gambar tu ada dalam tab . Wifi tak pasang lagi . Ni guna berokbeng je. Hmm . Tapi in sha Allah kalau dah pasang aku post gambar bilik aku. Okay? Deallo pagalhe ? Eh , maksud aku, boleh ?

okay , Assalamualaikum , boi ! *tengok The Heirs*



Merentas desa Oh merentas desa...

Views
Hi assalamualaikum blogger!!! *Lambai-lambai tangan*

Apa khabar kamu semua??? Diharap korang sihat walafiat! ;)
Me kat sini? Alhamdulillah sihat kat sini. Eh tak tak, terlebih sehat sampai tembam pipi buncit perut.. HAHA.
Okay okay me try 'diet' LAIN KALI ehh? Kuwang-III.

Mana tak EMOK kalau kat rumah hidangan sedap-sedap. Kalau ngantuk terus buka luas mata ni bila dapat bau lauk-pauk yang mak me masak.. mmmmmmm sedaaaaaaaap! *sambil tunjuk ibu jari*

Kkk , me nak cerita pasal aktiviti merentas desa kat sekolah pada 25 haribulan baru-baru ini... MMMMM, memang habis melecur muka me di-ATTACK sang mentari... HUH! Memang koang semua layak panggil me bendera pahang. -_-

Okey, pagi pertandingan tu, macam biasalah....buat warming up dulu en? Kang terpele'ot kaki tu susah pulak jalan terhinjut hinjut macam orang kaki pendek sebelah. :B
N then, kami semua berkumpul kat dataran kejat (ehh kejat ke pejat eh? ahhh lantak lah). Masa tu tetiba berdebor pulak.. addduuuuhh, mengada betul hati ni..macam nak kahwin pulak. OPS! Salah salah salah *geleng-geleng tangan* Terlanjur kata tu. Heee..

Lepas tu tetiba je tengok orang dah cabut lari.. uikkkk? Me tak ready lagi woi...apalagi me pon lari le jugok (tak lari pon sebenarnya, berjoging je..haha). Baru je melepasi pagar sekolah datanglah sekumpulan cikgu ngan motor motor berjenama dorang menjerit "weeee tak mula lagi masuk sekolah balik" Fewww, kan me dah agak? Tetiba je lari.Bunyi horn cikgu pun tak, akak-II ni dah lari macam lipas kudung...yelah, excited lah katakan... :B

Lepas tu barulah merentas desa tu start..amboiiii kemain akak-II ni bersemangat lari yek? HAHA..me ngan kawan me relax je berjoging kat belakang.. huahuahua.

Bila kitorang melepasi pagar tu, barulah lari *kononnya* ....ehhhh lari berpegang tangan takut kawan me tinggal kat belakang..almaklumlah, me kan lari laju? *sila muntah hijau pekat sekarang!!* HAHAHA. sorry, TER-perasan pulak. *sambil buat peace*

Perjalanan merentas desa tu kalau tak silap 5-7 Kilometre kot? Rasalah....mula-mula masuk kawasan ladang getah. FUHHH, bau dia memang 'harum' menusuk qalbu eden. Tapi tu small matter je so me pon 'lari' ngan kawan me..lari punya lari (katanya) dapat nombor paling meletop terbabor terkentut punya la. Nak tahu 'jaguh sekolah' ni dapat nombor berapa? Aduhh, segan pulak nak cakap. Kang korang x caye pulak. Erk? nak tau jugak? Huh, yela. me dapat nombor....1.......9......7. :D HAAAA, meletop tak? HAHA, korang ada? *bowed 90 degrees*

Dah penat penat ni ape lagi? Gi serang kantin la nak beli air. Masa raba-raba poket tu me terkejut. me rasa macam something wrong somewhere. nak tahu apa? Nak tahu x? :o

ME TERLUPA NAK BAWAK DOMPET! Sangat lol kan? Ya, itu sangatlah LOL. :|

Masa tu terkenjut,terkedu,terperanjat, segala TER la keluar kan. Tapi nasibla kawan me ni baik, dia belanja me air. Masa dengar perkataan 'belanja' tu kan, mata me BER-shining terus. Yela, mana boleh lepaskan peluang bila orang nak belanja, ye dok? Thx mah beloved, girlfriend. ;) 

Hari tu adalah hari penat sedunia lagi memenatkan + bengang. (sebab tak bawak purse) 


Okla, guys . See u in the next post! ;)

Wassalam!








Long time no see~

Views
Assalamualaikum, hye!


Woaaahh , long time no see ma! Dah beranak pinak tikus kat baby pink me. Mwehehe..So! Kita nak cakap pasal apa eh? Hmmm *garu dagu* Wat if...kita cakap pasal Ramadhan tahun ni memandangkan sekarang tengah bulan puasa kan? :D *thumbs up*


*Ramadhan Kareem*

So macam mana? Okay? Waittt , dah buat baju raya belum? Berapa pasang? kasut dah beli? Warna apa? Waaa , mesti dah beli kan kan kan? Yela, excited nak raya. *bowed 90 degrees* Me? *pandang kiri kanan* Me? Hee, lek lek, chill gurau. *wink* Alhamdulillah baju dah buat. Berapa pasang? Errrr , hilang perkiraan la. LOL. Kasut? Err, belum? Mwehehe.  

Ok, tutup kes raya, sekarang balik kepada bulan ramadhan. Ustaz me cakap, masa bulan puasa ni, banyakkan ibadat. 10 hari pertama banyakkan berdoa. 10 hari kedua banyakkan istighfar dan mengucap 2 kalimah syahadah. 10 hari ketiga kalau tak silap banyakkan ibadat. So same-same ler kita 'try' amalkan eh? Hee~

Apa azam korang bulan puasa ni? Haa? nak kuruskan badan? :o Ok, kita geng. *wink* Eh, tu je ke? BTW , korang ada berazam nak khatam Al-Quran tak sempena bulan mulia ni? Ada? WAAHHHHH , bagusnya *tepuk tangan* Juzu' berapa dah? AIKK? rasia? Ala, tak syokla berahsia bagai ni. Sharing is caring. Korang kan kawan baik me. :D ME? Juzu' berapa? Err, biarlah rahsia. Mwehehe. 

Okayla guys , dah nak pukul 7 ni (katanya). Me nak bersiap untuk berbuka. 

Wassalam, bye! *lambai-lambai tangan*