Flood House

Views
Hai , assalamualaikum .


Lama tak jumpa kau orang semua . Blog ni dah berhabuk , tikus mondok pon beranak pinak sampai ada cucu cicit cocot dah. Hmm , nak tahu tajuk kat atas tu pasal apa ? Adakah mengenai Ultraman Tiga kalah dengan Power Rangers atau cicak kubing bertukar menjadi buaya darat ? Okay, melalut . *ketuk kepala*

Nak dipendekkan cerita, sehari sebelum air naik tu aku balik kampung . Kenapa aku balik kampung ? Sebab pagi pagi buta hari tu mak sedara aku call umi aku cakap atok aku jatuh kat tandas, patah tulang pinggul dia. Terkejut tak? Ye, macam tu la aku. Terkejut beruk punya bini sedara kau tahu ? Then kitorang pun bergegas balik kampung . Malam tu, jiran kat Sungai Isap call cakap air naik . At first , parents aku watlek watpeace je la sebab biasanya air kalau naik pun paling tinggi sekaki lebih .

Keesokan harinya pulak , jiran aku kat Taman Guru and Sungai Isap call air makin naik  aka makin tinggi. Aku yang tengah sedap ber-feeling makan tersedak kau tahu? Dahla pedas lauk tu. Nasib baik aku dah sediakan wawal air . Feww, lega terus tekak aku yang perit tu. Then makyah aku pun bergegas kemas nak balik. Mak aku cakap aku takpayah ikut balik sebab tak tahu lagi tidur kat mana . tak tentu lagi katanya. Well , terharu la jugak mak aku ambil berat kat aku even tempat tidur. Nampak tak kat situ ibu memang pentingkan anaknya even benda yang remeh macam tu? Oleh itu kita sebagai anak perlulah menghormati dan menyayangi mereka dengan sepenuh hati. Okay, tetiba rasa macam buat karangan tentang makyah pulak .

Lebih kurang 3 jam mak ayah aku balik , ayah sedara akak pak cik aku call acik aku cakap jalan kat mana entah air naik . Hmm so there's no way to go back home . Makyah aku dengan penuh redha pun patah balik , balik kampung aku. Bazirkan minyak betul . Sibuk je air ni , tamak haloba . Kuantan nak serang, situ pun nak serang . Haihhh . Masa tu aku terus bayangkan buku teks aku kat atas lantai . Hmm , buku serap air tak? Agak-agak basah tak? Air hentam jugak ke ilmu tu ? Haha , aku tanya soalan bodoh bin tahpape . Forget it .

Setelah berminggu minggu stay kat kampung , dan setelah jirang kat kuantan cakap air dah surut , family aku pun baliklah rumah. Haha , tak balik rumah aku, rumah sedara aku. Gila kau nak balik rumah ? Rumah dahla masuk air , mesti kotor beb . Wait, bercakap pasal air, katil aku...... NOOOOOOOOOOOO komfem basah kan? Ya Allah , masa tu aku macam rumah aku, masuk air. Asyik cakap katil aku dah mati , katil aku dah mati, katil aku dah mati. T_T Aku sayang katil tu kau tahu ? Tahu tak ? tahu tak? Okay, over. -,-"

Ambil masa berhari jugakla nak basuh rumah tu , eh tak. Berminggu . Yeah . yela, dua rumah . Bukan senang. Rumah sungai isap lagi teruk , air atas kepala aku woi. Tapi first masuk rumah sungai isap tu aku lari pergi bilik aku. And when i arrived..... tadaaa........ *bunyi dram* Bilik aku macam bilik mayat + ahli sihir. Tak gaya bilik dah wwwwwwooiiii . Huuu , sedih. Dan yang paling sedih, katil aku. Katil yang dulunya putih bersih empok , KERING , sekarang bertukar menjadi katil siput yang empuk dan basah. -,-"

Alhamdulillah, nasib baik ada sedara dan mak sedara dan abang sedara dan ayah sedara (senang cerita sedarala) kat sini. So diorang tolonglah basuhkan rumah. Huu, terhutang budi pulak. :')) Eh no, bukan diorang je. Jangan fikir kesitu. Kitorang pun basuhkan jugak okay. Bukan buli mereka. -,-"

Sorryla , aku tak boleh share gambar sekarang, gambar tu ada dalam tab . Wifi tak pasang lagi . Ni guna berokbeng je. Hmm . Tapi in sha Allah kalau dah pasang aku post gambar bilik aku. Okay? Deallo pagalhe ? Eh , maksud aku, boleh ?

okay , Assalamualaikum , boi ! *tengok The Heirs*



Merentas desa Oh merentas desa...

Views
Hi assalamualaikum blogger!!! *Lambai-lambai tangan*

Apa khabar kamu semua??? Diharap korang sihat walafiat! ;)
Me kat sini? Alhamdulillah sihat kat sini. Eh tak tak, terlebih sehat sampai tembam pipi buncit perut.. HAHA.
Okay okay me try 'diet' LAIN KALI ehh? Kuwang-III.

Mana tak EMOK kalau kat rumah hidangan sedap-sedap. Kalau ngantuk terus buka luas mata ni bila dapat bau lauk-pauk yang mak me masak.. mmmmmmm sedaaaaaaaap! *sambil tunjuk ibu jari*

Kkk , me nak cerita pasal aktiviti merentas desa kat sekolah pada 25 haribulan baru-baru ini... MMMMM, memang habis melecur muka me di-ATTACK sang mentari... HUH! Memang koang semua layak panggil me bendera pahang. -_-

Okey, pagi pertandingan tu, macam biasalah....buat warming up dulu en? Kang terpele'ot kaki tu susah pulak jalan terhinjut hinjut macam orang kaki pendek sebelah. :B
N then, kami semua berkumpul kat dataran kejat (ehh kejat ke pejat eh? ahhh lantak lah). Masa tu tetiba berdebor pulak.. addduuuuhh, mengada betul hati ni..macam nak kahwin pulak. OPS! Salah salah salah *geleng-geleng tangan* Terlanjur kata tu. Heee..

Lepas tu tetiba je tengok orang dah cabut lari.. uikkkk? Me tak ready lagi woi...apalagi me pon lari le jugok (tak lari pon sebenarnya, berjoging je..haha). Baru je melepasi pagar sekolah datanglah sekumpulan cikgu ngan motor motor berjenama dorang menjerit "weeee tak mula lagi masuk sekolah balik" Fewww, kan me dah agak? Tetiba je lari.Bunyi horn cikgu pun tak, akak-II ni dah lari macam lipas kudung...yelah, excited lah katakan... :B

Lepas tu barulah merentas desa tu start..amboiiii kemain akak-II ni bersemangat lari yek? HAHA..me ngan kawan me relax je berjoging kat belakang.. huahuahua.

Bila kitorang melepasi pagar tu, barulah lari *kononnya* ....ehhhh lari berpegang tangan takut kawan me tinggal kat belakang..almaklumlah, me kan lari laju? *sila muntah hijau pekat sekarang!!* HAHAHA. sorry, TER-perasan pulak. *sambil buat peace*

Perjalanan merentas desa tu kalau tak silap 5-7 Kilometre kot? Rasalah....mula-mula masuk kawasan ladang getah. FUHHH, bau dia memang 'harum' menusuk qalbu eden. Tapi tu small matter je so me pon 'lari' ngan kawan me..lari punya lari (katanya) dapat nombor paling meletop terbabor terkentut punya la. Nak tahu 'jaguh sekolah' ni dapat nombor berapa? Aduhh, segan pulak nak cakap. Kang korang x caye pulak. Erk? nak tau jugak? Huh, yela. me dapat nombor....1.......9......7. :D HAAAA, meletop tak? HAHA, korang ada? *bowed 90 degrees*

Dah penat penat ni ape lagi? Gi serang kantin la nak beli air. Masa raba-raba poket tu me terkejut. me rasa macam something wrong somewhere. nak tahu apa? Nak tahu x? :o

ME TERLUPA NAK BAWAK DOMPET! Sangat lol kan? Ya, itu sangatlah LOL. :|

Masa tu terkenjut,terkedu,terperanjat, segala TER la keluar kan. Tapi nasibla kawan me ni baik, dia belanja me air. Masa dengar perkataan 'belanja' tu kan, mata me BER-shining terus. Yela, mana boleh lepaskan peluang bila orang nak belanja, ye dok? Thx mah beloved, girlfriend. ;) 

Hari tu adalah hari penat sedunia lagi memenatkan + bengang. (sebab tak bawak purse) 


Okla, guys . See u in the next post! ;)

Wassalam!








Long time no see~

Views
Assalamualaikum, hye!


Woaaahh , long time no see ma! Dah beranak pinak tikus kat baby pink me. Mwehehe..So! Kita nak cakap pasal apa eh? Hmmm *garu dagu* Wat if...kita cakap pasal Ramadhan tahun ni memandangkan sekarang tengah bulan puasa kan? :D *thumbs up*


*Ramadhan Kareem*

So macam mana? Okay? Waittt , dah buat baju raya belum? Berapa pasang? kasut dah beli? Warna apa? Waaa , mesti dah beli kan kan kan? Yela, excited nak raya. *bowed 90 degrees* Me? *pandang kiri kanan* Me? Hee, lek lek, chill gurau. *wink* Alhamdulillah baju dah buat. Berapa pasang? Errrr , hilang perkiraan la. LOL. Kasut? Err, belum? Mwehehe.  

Ok, tutup kes raya, sekarang balik kepada bulan ramadhan. Ustaz me cakap, masa bulan puasa ni, banyakkan ibadat. 10 hari pertama banyakkan berdoa. 10 hari kedua banyakkan istighfar dan mengucap 2 kalimah syahadah. 10 hari ketiga kalau tak silap banyakkan ibadat. So same-same ler kita 'try' amalkan eh? Hee~

Apa azam korang bulan puasa ni? Haa? nak kuruskan badan? :o Ok, kita geng. *wink* Eh, tu je ke? BTW , korang ada berazam nak khatam Al-Quran tak sempena bulan mulia ni? Ada? WAAHHHHH , bagusnya *tepuk tangan* Juzu' berapa dah? AIKK? rasia? Ala, tak syokla berahsia bagai ni. Sharing is caring. Korang kan kawan baik me. :D ME? Juzu' berapa? Err, biarlah rahsia. Mwehehe. 

Okayla guys , dah nak pukul 7 ni (katanya). Me nak bersiap untuk berbuka. 

Wassalam, bye! *lambai-lambai tangan*






SHINee + Bubur .........

Views

Assalamualaikum, hai!

Lama dah tak update blog yea? Tak cara dah. Blog pon,  jadi rumah tikus mondok beranak tiga dah. Well, tak ada benda nak sharing-sharing ngan korang. Ni pun, nak ngubat hati yang tengah boring kuasa 3.
 
 
Oh ye, lupa nak ucap 'HAPPY HOLIDAYS ALL". Belum terlambat kan? Alah, krismas lambat lagi meyh. Sepanjang cuti ni, tak banyak perkara sangat yang me buat. Setiap hari sama je. Bangun pagi, buka twitter, buka facebook, tengok K-Drama, sampai lah ke malam. But solat tu mestilah me kerjakan. :) WAJIB uh.. Korang pon entah-entah sama je?
 
 
Oh ye, jangan lupa tengok "World Date With SHINee" hari Jumaat ni, Channel 391 (KBS World) . Tapi me tengok iklan haritu, Key and Jonghyun je muncul, yang lain tak tahu sape culik. :(
Tengoklah. Best tau! Try dulu tengok, kalau tak best boleh terus tukar channel 611 . :B
*tengok, dua orang je* :(

 
 
By the way, today is 3th of december right? So that mean 6 hari lagi birthday flaming charisma/ SHINee's rapper, Choi Minho. Tapi tak tahu lah kat twitter, orang-orang korea dan sewaktu dengannya cakap 3 hari lagi birthday dia. tak tahulah pulak kalau-kalau kat Korea 3 hari lebih awal dari kita kan? Who knows? :p  Let's shout with me ! "Happy Birthday MinHo" :D
 
 
 Ok stop stop cerita pasal Korea-Korea ni. Petang tadi, mak sedara ajak jiran-jiran buat bubur ashura. (i'm not sure about the spelling ashura) Alhamdulillah, ia berjalan dengan meriah dan gilang-gemilang sekali. :D 

Tapi yang sedihnya...................me langsung tak tolong :(
Bukan apa, dah kalau addict to social networking ni, susah nak berenggang. KAN? BTW , korang tau ke bubur ashura tu apa? HAAaaa , ni dia..
 
 
 
Tapi, me tak suka bubur ashura tu. Tak tahu kenapa. :p
 
 
K lah, the end.
Assalamualaikum.
 

Choi Minho

Views


Assalamualaikum, Hai! *lambai lambai tangan*

Ermm, lama dah tak jenguk blog tersayang nih, dah jadi rumah tikus dah kot? Heee. :p
Ha, kenal tak guy handsome comel kat atas tu? Ha siapa? siapa? siapa? Betul! Dia Choi Minho. Sep sikik. ;) sape yang tak kenal tu memang nak kena ahhhh *gedik nak _______ *

Haaa, nak tahu serba serbi tentang dia? Ermm, me taklah tau sangat tentang Minho nim. Ok, let me introduce him for u all. :D

Nama Sebenar : Choi Min Ho.
Tarikh Lahir : 9 Disember 1991 (my mom 19/12 , so senanglah nak ingat) Heeee...
Umur : 20. (ok still young, ada chance! :D *perasaaan gila ._. )
Born Place : Incheon, South Korea (By the way, yang incheon uh, tak tahu betul ke tak ejanya, main agaknya. :p )
Type Blood : B
Height : 181cm. (tinggi kanggggg? :D )
Weight : 70kg.
Aktif dalam bidang : nyanyian, lakonan
Education : Godae Busok High School, Konkuk University (Film Major) *sebab tu dia cool dalam drama n movie*
Kpop group : SHINEE, SM Town (actually, tak tahu pulak dia ada part dalam grp lain. Ni baru tahu ._.)

Awards : Best Male Idol , SBS Entertainment Awards: Variety New Star Awards.

Hehe, tu jelah kot boleh kongsi. Oh ye, kalau korang nak tahu, me ni BIG FANS Minho. :D
InsyaAllah, kalau ada NEWS tentang guy comel molek ni, me akan updates.

Oh ye, tahun ni, Minho berlakon dalam cerita To The Beautiful You. Tapi sekarang dah habis dah cerita dia dalam tv. But jangan risau, sebab dalam youtube ada. :D
Me pon tengok cerita tu dalam youtube. *eleh, apelah, dalam youtube je pon. Dalam tv lah best!* Ok, whateverlah, bagi me, tak kesah la dalam tv ke, dalam apa ke, asalkan dapat tengok Minho berlakon.  :)

 

*Comel kan? Heee*

*tengok pandangan dia.. melting terus :3 *

*macho tak? aww aww*

*tak perlu kot bela rambut? dah handsome. ;) *
 
 
Errmm, rasanya, sampai sini je lah topik kita hari ni.
 
 

Assalamualaikum!






Ramadhan datang lgi!

Views
Hai,assalamualaikum warga bloggers bloggies sekalian! 


Ahlan Wasahlan, Ramadhan! ^_^ 
Korang pose tak arini?
Jangan pose yang-yuk sudahla ye? 






Apa je korang buat bulan puasa nim?ngaji x? berzikir tak?dan yg paling utama, solat penuh x 5 waktu?
Untuk pengetahuan korang,kalau korang puasa tapi x solat x guna jugak tau! :)
Aitu, kat skolah ada ceramah.Orang tu cakap,masa bulan ramadhan ni,eloklah korang zikir "Lailahaillallah".
Besar sangat ganjarannya.




Haaaa!Lagi satu,rajin-2lah buat solat sunat. ^_^
Ustaz Hairul(ustaz kt skolah ana)wajibkan kitorang solat sunat.Tapi kadang-2 tu 'TER-lepas' lah jugak sebab ada sifat M.A.L.A.S. ^_^
Hehehe, ampunnnnnn ustaz!! 
Tak baik marah-2 ustaz, bulan puasa nim,kurang pahala nanti baru tau!HAHAHA(gelak jahat).


Korang pergi tak terawih?
Haha,kantoi tak pergi...ala rilex,ana xakan bgitau sesape un, kita-2 je tau en? shhhhh! ;)


Haaaa, korang berbuka apa je tadi? HUUUUUiiiiihh,mesti best kan mak korang masak?Yelah,masakan mak kan sntiase sodaaaap??Ehhh?ada yang beli ke???ish-3.Tak patut.nampak sangat malas nak masak.(padahal ana lah yang beli kat bazar tadi -.-" ) OPPPPS!Korang terasa ke?sorrylah,tak mentionkan kat sape-2 punss.... nak tau x ana berbuka laok apa tadi? Jum tengok kat bawak tuh.
*tadaaa, ayam masak merah,sodaaapppppp*

lagi? haaaa, nasi putih+ayam masak merah je.Sedih kan?Tak macam korang, berbuka makan KFC/Pizza/Lampchop/Chicken Chop dan ape-2 yg chop-2 lah. ^_^
Ape-2 pun,ana bersyukur jugak bab dpat berbuka puasa dgn jayaaaanyaa.Ceeewaaahhh... 

haha,puasa,puasa jugak,baju raya dah beli?kasut raya dah beli?tudung raya dah beli?dan apa yang berkaitan dengan raya dah beli????Waaaaahhhhhhhhh, teringat pulak bunyi mercun...pomm tebabooooo,kompem korang pernah main walau just main bunga api je.kan?haaa?ana?err, ana tak brani nk main mercun nim,bunga api brani lah.terlebih brani kalau bunga api nihh.. ^_^ heheheeee....

Ehhhh sambung topik tadi..(pasal baju raya n else)ana dah beli pun.tema family taun ni ialaaahhhhhhhhhhhhhhhhhh........
JUBAH! haha,terkejut tak? -.-" 
Okay,apa korang nak cakap pasal tema family ana taun ni cakaplah,ana xnak amik tau. :)
Klah, xade ape nak cakap dh ni...

Ana minta maaf kalau ada salah dan silap.
Maaf zahir & batin! ^_^
Halalkan apa yang pernah korang beri kat ana, :)
Dan ana halalkan apa yang pernah ana beri kat korang. ^_^
*hehehehe*

*nyum,nyum*

*ni paling nk makan nihhhhhhh!!*

Sekian, wassalam.







Sebulan duduk di 'KEM TENTERA'

Views
Assalamualaikum semua! 


Hey hey hey! I'm back guys! Alhamdulillah, dapat balik jugak akhirnya!!!

Setelah sebulan duduk di 'kem tentera' 

Kem tentera? HAHAHA! Tak adalah, tu hanya panggilan bagi orang yang tak suka duk asrama. Saya??? Saya suka ahhhh, ehh, tak tipu, tak tipu... serius ni! ok lah, mula-2 je rasa macam tu sebab tak biasa lagi. Tapi bila dah lama jadi terbiasa. Siapa kata duk asrama hidup jadi tertekan? Siapa kata duk asrama hidup tak bebas? 

ok, first of all, kenapa boleh jadi tertekan? Sebab korang tak enjoy duk kat sana, just ikut kata hati yang asyik mendendangkan lagu 'nak balik'. Nak fikir NAK BALIK  tu boleh, tapi tak perlu over. :) 

kenapa boleh jadi hidup tak bebas? Sebab korang rasa duk asrama ni semuanya kita kena buat sendiri. Like basuh baju sendiri, ada jadual harian yang padat, dan macam-2 lagilah... 

soooo, konklusinya, ce try enjoy sikit duk kat asrama? :D 
Mesti korang rasa meletop kebabom punyaaaaaaaaa! 

Sebenarnya, saya x balik slama 5 mnggu ni sebab ustaz anjurkan "PROGRAM SOLAT BERJEMAAH 40 HARI". Mybe, dulu cikgu salim fikir elok form 1 ikut sekali program tu, tapi, lepas cikgu(lelaki) hantar surat permohonan untuk bagi form 1 n form 2 balik...

 Alhamdulillah! Nasiblah cikgu salim luluskan permohonan tu! Dan best nye pulak, sekarang saya duk kat kampung! (ade aku keysha?) 

hehe, FINE! tak kesahla kau kesah ke tak. Asalkan hidup aku sekarang amatlah Bahagia! ^_^
apa aktiviti saya kat kampong ye? hehe, tak ada menda sangat...
  1.  tengok cerita korea (3 dads 1 mom)
  2.  bukak fb
  3.  buat kerja sekolah
  4.  dengar lagu
  5.  borak puas-2 ngan family n cousin semua 
  6.  main games
hahaha, tak delah banyak sangat aktiviti nye, in door je manyak! 

errrr, okaylah, nak sambung dengar lagu nim. :)
bye, assalamualaikum!




Umur saya makin menggunung

Views
Assalamualaikum dan hai semua!

Hey hey. Rindu saya tak?ok, tak perlulah nak rindu saya... *tangan atas bahu, mata ke atas*
haha.Ok serius ok, serius!.Umur saya dah makin meningkat pada 8 haribulan 3 lalu.Dah lepas baru nak updates blog kan? -.-
*Happy birthday to ME!! hehe*

hee,bukan apa,masa hari ulang tahun saya tu, kat asrama lagi. Sebab tu lah. An? an? an? an?
*tampar pipi* OK! Farah, wake up! Jangan main-main!

Oh ya, farah nak ucap bebanyak terima kasih kepada sesiapa yang wish kat farah aitu. Saya sangat menghargai semua tu! Lagi-lagi bila sampai kat sekolah. Fuhh~ masuk je kelas *happy birthday farah* *happy birthday* dan sewaktu dengannya. Bukan nak MEM-bangga-bangga, tapi memang ramai gila wish kat farah. Tu baru kat sekolah, belum dalam facebook lagi. Ye dak? Lagi lah ramai! Eh kejap, ramai ke? Ok, kira ramai lah. Abis cerita.
*Terima kasih banyak-banyak sesapa yang wish kat farah aritu*

Nak tanya sikit boleh tak? Ala sikit je, boleh kan?errr , korang wish je ka kat farah? Tak ada yang nak belanja coklat? Tutti frutti? Cake? Dan yang paling diminati........... Teddy bear? 
*Ok, saya tau saya dah melampau* 

Maaf maaf! Ala, tanya je pun. Bukan paksa punsssss. Tapi, kalau ada yang murah hati nak bagi tu, amat dialu-alukan oleh keluarga saya!Ceh wah.Tu pun kalau NAK BAGI lah. :) 

Ehh ehh?Lupa pulak nak bagitau kat korang yang saya tak celebrate birthday saya tahun ni.Sedih kan? :')
Haha, feeling lah pulak!!?? Tak apa,semua tu bukan penting pun.KOT? :/ 
HAHA,dapat balik ke umah jumpa mayah pun dikira celebrate+presents untuk birthday saya dah! ^_^
*ye ker?*  ahhhhh, takpelah,lupekan! 
*comel betul kan? rasa nak tampaq jak!Tibe.* 



err,okaylah,tak tahu nak cakap apa dah.
Bye, Assalamualaikum!
^_^


outing,karnival usrah n dorm~

Views
Hye assalamualaikum!~


Korang apa khabar? wah-2, lama gilos tak menjengok my beby ni (ma blog). dah berhabuk dn bersarang labah-2 dah.. haha.. nak tau something tak? nak x? saya kan, balik kan, asrama kan, awal.. hahaha~ *poyo* nak tau tak sebab apa? :o
sebabnya, saya pat MC 2 hari (khamis-jumaat), so, saya decide terus nak baliklah, lagipon, takdepe nak buat kat bilik sakit tu *_*
kan? kan? kan? ok, nak cerita tentang title kat atas tu ney~ nak dengar? ok-2 meh sini meh fara cerita~


Outing? wah, first date ngn GIRLFRIENDS-2 saya tu memang BEST gilos..first, kitorng naik bas yang disediakan(kot). BUT! wajib bayar rm1 sorang.huhu.ok then, kitorang masuk pasaraya, err, ape ntah nama pasaraya tuh, tak ingat laa. almaklomlahsss, saya ni pelupo sikit :D
n then, tumpang teksi gi makan KFC.
*yummy, sedap tau korang. yum! yum!*




 *ok, saya minta supaya korang jeles sekarang* HAHAHA! 
lopeh tu, kitorang berangkat pulang. OH ya, nak tau apa yang kitorang beli? ok, saya senarai kan ea? :-
1. alat-2 untuk cantikkan dorm.
2. makanan(wajibul ghunnah) *hahaha, gila makan tol* 
err, rasanya tu jekot. ^_^ hee..


alright, pasal dorm pulak! nak tahu x??? nak tahu x?? dorm saya kan?? telah dianugerahkan sebagai dorm tercantik tau! ^_^ 
err, tapuk sikit...haaa. macam tulah! ^_~ 
hehe, ok, menggedik kejop!!! alrite, agak bangga lah jugak sebab menang. :)
n tak sia-sialah saya n akk-2 dorm bertungkus lumus cantikkan dorm sampai pukoi 2 pagi. alhamdulilah~ 

ok, yang ni best nak cerita sikit. bukan setakat cerita, nak kutok pon ada. HAHAHA! takdelah, gurau je. :)
karnival usrah? apa tu? alah, korang buat-2 tau jelah k? ok GOOD!! 
alrite, karnival ni bermula dri hari jumaat(malam) hingga ahad(t.hari).alrite. first nite of karnival usrah tu, kami yang dah dibahagi kepada beberapa kumpulan ni haruslah ta'aruf sesama sendiri(dalam kumpulan)..n then, kena buat logo. waaaahhhhhh~ banyak saya tengok en. logo-2 kumpulan lain lawa-2 belaka.eh-2, logo group saya pon xkurang lawa nye. hahaha~ *nak jugak budak kecik ni* 

hari sabtu, hari tu kitorang ada explores..perghhh,,,,, gempak beb!!!! barang amanah mesti kena jaga betul-2. TAPI? fasi pakai amek/rampas gitu je. adoiyai~ mangkuk kumpulan saya tu dirampas oleh fathayat ain *fathayat yang hot gilos*. dia rampas, dan dicarik-carik mangkuk itu.dirobek-robek mangkuk itu. dan di........dan di musnahkan mangkuk itu. innalillah,, meninggal mangkuk grp kitorng :'( sedih teramat. melihat mangkuk itu terkulai di tangan fathayat k.ain, sayu hati ntuk melepaskan mangkuk itu pergi..
ceeewaaahhh, pasai mangkok pon nak disedih-sedihkan..toi x? tapi itu barang amanah!! :o
acano ni? hahaha, nak tau kitorang buat apa ngan mangkok yang dah macam nyawa-nyawa ikan tu? haha, kitorang stapler balik. bijak tak bijak tak?huhu...fathayat k.ain cakap *grp korang ni bagus, mnghargai brang amanah tu, klau grp akk dlu, hbis brkucai, tros buang* waahhhhhhh, xsngke mcam tu plak jadinya ye? -.-"  
haha..

alrite, pelbagai denda yang kitorang dapat tau~ ehh, bukan denda, hadiah/make up tambahan. :DDD
first, kitorang diberi make up tambahan iaitu 2 baris bedak kat pipi n dahi. perghh, semua gegerl kt situ jadi bertambah *cun-2* nya. hahaha..yg kedua, kitorang diberi air yang SANGAT ENAK iaitu AIR GARAM fuhhh.....ehhh korang? kenapa tu? sedap tau, macam air ubat rasanya. :DDD *weeeekkkk.. tipu je tu* 
then, kitorang dapat make up tambahan lagi, iaitu tepung.. haha, jadi macam orang jepoNG lah pulak.. ^_^ 
takpe, janji CUN. hahaha~  n then, kitorang kena sapu ubat gigi kat bawah dagu. perghh,,, nyaman terasa bagai di pagi hari
*ceh, tipu je tu, dahal berangin.. #_# *  
haha, n yg ni paling syok nye, kitorang kena lipat tudung bulat-2, then, sepit ngan penyepit baju. hahaha! korang boleh bayangkan betapa kelakarnya imej kitorang masa tu. fuhh.. jatuh imej mukaku ketika itu. hahahahahahahha~ *altambiyun akuyun* 
bukan setakat tu je kitorang kena, lagi satu ialah kena amek tali, ikat jadi macam kereta api...pon ponn..... gedeguk gedeguk... haha~ 

walopon semua denda di atas menyiksakan. tapi bagi saya besst wokkkkk~ TERBAIK! :D 

oh ya, lupa pulak nak cerita, ada jugak fasi/helpers main kejar-2 ngan budak form 1.. ish-3. fasi/helpers main kejar-2 ngn budak form 1 hnya semata-mata nakkan barang amanah je. *_* 
ehhh, ramai giloss yang jadi mangsa tau! err, termasuk saya juga T_T 
2 fasi kejor. *fathayat ain n syaba' adam* perghh... dah la 2 org tu rock n roll. nak kejar budak kecik macam saya ni. ish! mana adil! AKAN DITUNTUT BALIK HAK SAYA NANTI TAU! 
 syaba' alif?. budak laki, kalau nampak syaba' alif datang, mesti pegang brang amanah kuat-2..tapi!! syaba' alif dia tarik fail tu jugak! perghh,,, memang rock lah~  
tapi yang best nye, masa syaba'-2 sekalian tu main kejar-2 ngan budak form 1.. haha, lawak giloss.. syaba' ni baling fail kat syaba' tu.. hahaha!! best r kurang!! im swear! 


okaylah, dah tak ada apa nak diceritakan lagi kat seneh. 
assalamualaikum!



Sangat rindu sekolah lama :')

Views
Assalamualaikum semua!  =)


Apa kabar korang? Best tak sekolah? Kerja sekolah banyak?hee~ 
Ok, mengenai Title kat atas tu,ya! Saya memang rindu gegila kat gang-2 sekolah dulu! :'( 
Still ingat lagi Sweet memoris masa kat hotel tu.Majlis Hi-Tea untuk tahun 6. FUH~~ Memang masa tu happy gilalahh!!! :')


hmmm, kan bagus kalau kitorang still dalam sekolah yang sama?Kan bagus kalau kitorang still dalam kelas yang sama?Tapi saya tahu, semua tu takkan berulang lagi.Life must go on.Betul kan? :') 


Kalaulah Tuhan beri saya peluang untuk BERTEMU KEMBALI DENGAN KAWAN-2 SAYA YANG LAIN, saya berjanji, akan gunakan peluang tu sebaik mungkin! Dan kalau boleh, saya nak peluk-2 kawan saya,nak minta maaf kat kawan saya.Saya nak luangkan masa tu dengan AWAK SEMUA! 
*yang peluk-2 tu, untuk gegerl je ye. :) *


Saya still ingat masa kelas saya main *Galah panjang*.Riuh sangat!Happy gila msa tu.Tapi kadang-2,kitorang gaduh,ada je yang tak puas hati.Tapi pergaduhan tu tak lama,cuma beberapa hari je.Besnye waktu tu kan?Waktu kita semua kanak-2.hehe.


Tapi sekarang semuanya berlalu.Tiada lagi galah panjang dalam kamus kehidupan masing-2,saya yakin,awak semua mesti dalam proses ke alam remaja,dan ada juga dah matang :p 


Pasti nanti,kalau saya ajak main galah panjang,korang kata macam ni *Taknaklah,tu mainan budak-2*.Ya,memang itu budak-2,tapi masa main galah panjang tulah semua masalah yang saya hadapi hilang.Semua kesedihan yang saya alami hilang.Kegembiraan datang,buat hati saya tenang.Tapi sometimes,hati saya naik berang bila group saya kalah.hehe.Adatlah tukan?Permainan pasti ada yang menang,dan ada yang kalah!


Oh,saya selalu teringat masa kita makan kat Hotel Grandcontinental. 


*sorry kalau salah eja hotel tu.tak ingat lah :p * 


Gembiranya kita kan?Masing-2 pakai baju yang lawa-2.Macam puteri pun ada.kuang-3...
Tapi dalam kegembiraan tu,terselit juga rasa sayu jauh di sudut hati saya tanpa pengetahuan korang.Saya berfikir,beberapa hari je lagi nak cuti panjang,lepastu, masing-2 akan ke sekolah menengah.Dan masa tu, saya yakin, kita semua pasti berpisah.


Dan lihatlah sekarang,ada yang sekolah asrama,ada yang sekolah biasa.Kita berpisah!Saya sedih sangat!Saya tak tipu! Saya menaip post ni pun mata saya bergenang dengan air mata.Ada yang dah mengalir.Saya tak tahan lah korang!Saya dah menganggap korang ni adik-beradik saya!Walaupun sometimes tu kita bergaduh. :') 


Huu,Serius ni! Saya nak korang balik!Saya nak kelas kita yang dulu!Saya nak KORANG!Korang,kalaulah satu hari nanti saya jumpa korang,sayang nak peluk korang erat-2!Saya nak tau khabar korang masa tu jugak! SAYA RINDU SANGAT-SANGAT KAT KORANG! 


Ni saya nak kongsi gambar-2 kita suatu masa dulu :') I REALLY MISS THAT TIME! 


Comel tak cinoni saya ni! MUAHH!







*Yang ni saya paling rindu! sangat-2 rindu!* 
tengokla kecomelan dorang. aww! hahaha! <3

Time nilah bagaikan sejarah yang paling bermakna dalam hidup saya!

Sorry ye? hehe,ada yang saya curi gambar dari pic fb kawan saya.ampun ya awak! :D 
Korang,setiap lepas maghrib,sekolah saya wajibkan solat sunat~ Jadi, selepas solat tu, saya tak pernah lupa doakan agar korang hidup aman dan damai! 
LOVE U ALL STUDENT YEAR 6 2011! and all the teacher! :') <3
Bye, assalamualaikum!
*minta maaf jika terkasar bahasa yang membuatkan korang tersinggung*


Few akhirnya selesai jugak kerja-kerja MENG-edit blog

Views
  Hey assalamualaikum semua~


 Hee, kerja-2 MENG-edit blog sudah selesai! Ya, semua dah tahu kan? ni blog yang ke-2 saya ^_^
Bukan apa, blog yang pertama tu, dah tak elok.Ada love-2 tu. nampak serabut, nak delete, code html dia pulak lupa. Nak cari kat templte tu?HUH!Ingat senang ke sayang oii~ So i decide to create a new blog.


 Ok, blog yang lawa ni, telah di-edit selama 2 hari.HAAAAA~Cantik kan?


*ok, agak berlagak,takpe kan?Saya tau awak tak kesah~ ^_^ *


 HAA~ Nak tau apa rahsia sehingga blog ni secantik ni? ok KLIK SINI AWAK!


 Dalam tu ada Pelbagai tutorial! Korang cari lah kat situ ya? Kalau ada apa-2 yang tak paham,korang boleh tanya saya atau pergi ke Facebook fans akak lyssa.Tapi saya suggest baik korang tanya K.lyssa sendirilah,takut saya sendiri tak paham a.k.a tak reti atau masa tu saya tengah tak ada mo0d,so KOMFEM SAYA TAKKAN LAYAN! HAHAHA~ 


  Eh-2.Hari ni dah nak check-in masuk asrama.Hmmm,tak enjoy lagi ni tau dop?Kalau boleh,bulan 3 baru nak check-in.Kuang-3.eh-2,bukan bulan 3,next year barulah nak check-in.Barulah enjoy~~~ ^_~


 Barang-2 masih belum sempurna a.k.a belum dikemaskan lagi.HAHAHA!Lepas Zohor baru bertolak.hmm,i will miss u guys so0n~ HEY HEY, don't forget to miss me tau~kuang-3, ayat kawan saya tu! hahaha,eh-2,saya bukan copycat girl tau -_- 


 Alah, sekali sekala tiru ayat kawan,tak salah pon *senyum sambil nampak gigi*.
err,tak de apa nak cakap dah. bye, assalamualaikum =)